Kerjaya Loh Kean Yew

Loh mewakili Singapura di Sukan Asia Tenggara, di mana beliau menjadi pingat gangsa dalam acara perseorangan lelaki pada 2015, juga dalam berpasukan lelaki pada 2015, 2017 dan 2019.[8][9] Beliau juga memenangi kejohanan Antarabangsa Singapura pada 2014 dan 2017 dan Antarabangsa Malaysia pada 2017.[10][11] Beliau juga bertanding di Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast.[12]

Pada 2018, Loh menyertai Langhøj Badminton Club, di Denmark selama tempoh 3 bulan.[13]

Semasa Master Thailand pada 2019, Loh menang menentang pemain China Zhou Zeqi, Zhao Junpeng, dan pemain Taiwan Wang Tzu-Wei sebelum mara ke separuh akhir. Beliau berjaya di separuh akhir menentang pemain Perancis Brice Leverdez dalam kemenangan 2-1. Pada peringkat akhir beliau bermain menentang Lin Dan dan memenangi kejohanan dengan skor 21-19, 21-18.[14] Loh meraih pingat perak perseorangan lelaki pada Sukan Asia Tenggara 2019, di mana beliau tewas dalam perlawanan akhir menentang Lee Zii Jia dari Malaysia.[15]

Pada 2021, Loh layak ke Sukan Olimpik Musim Panas 2020 selepas mengekalkan kedudukan ke-18 dalam ranking perseorangan lelaki Race to Tokyo.[16] Loh dalam temasya itu tewas di peringkat kumpulan dengan hanya memenangi perlawanan menentang Aram Mahmoud dalam permainan dua set, dan kalah kepada Jonatan Christie dalam permainan tiga set.[17][18]

Pada Oktober 2021, Loh memenangi Cabaran Antarabangsa Yonex Belanda, mengalahkan pilihan nombor satu dan juara bertahan India, Lakshya Sen dalam perlawanan dua set di akhir.[19][20][21]

Rujukan

WikiPedia: Loh Kean Yew http://www.asiaone.com/print/News/Latest+News/Spor... http://bwfbadminton.com/news-single/2017/03/19/bwf... http://bwfbadminton.com/player/76115/kean-yew-loh http://bwfworldtour.com/news-single/2018/01/10/act... http://www.straitstimes.com/sport/loh-plays-own-ga... http://www.straitstimes.com/sport/not-in-peak-form... http://www.straitstimes.com/sport/spore-shuttler-l... http://www.chinapress.com.my/20190121/%E7%9B%B4%E5... http://gms.kualalumpur2017.com.my/RS2017/Athlete/P... https://www.channelnewsasia.com/news/sport/loh-kea...